09 Januari 2011

Punca-Punca Palsi Serebrum

Palsi serebrum disebabkan oleh kerosakan otak yang berlaku semasa seseorang (fetus) masih berada dalam kandungan ibu lagi, semasa seseorang dilahirkan dan dalam beberapa tahun pertama selepas seseorang dilahirkan.

Antara punca-punca yang menyebabkan terjadinya palsi serebrum termasuklah:
  • jangkitan bakteria pada ibu semasa mengandung seperti rubella

  • ketidakserasian darah ibu dengan kandungan

  • pengambilan alkohol dan dadah oleh ibu

  • kandungan kembar atau mengandung lebih daripada seorang anak

  • kelahiran awal atau pramatang

  • komplikasi semasa kelahiran seperti kekurangan oksigen kepada otak bayi, jangkitan pada otak bayi, dijangkiti penyakit kuning

  • kecederaan otak bayi akibat daripada jatuh, kemalangan, penderaan

Walaubagaimanapun, punca sebenar yang menyebabkan terjadinya palsi serebrum pada kebanyakan kes tidak dapat dikenalpasti.


Ikuti catatan seterusnya bertajuk Tanda-Tanda Awal Palsi Serebrum pada 16 Januari 2011

3 ulasan:

  1. Thanks Chin. Short and very informative. Teruskan menulis. i sokong u!!

    BalasPadam
  2. Thanks Jumie for reading our blog and supporting us.

    BalasPadam
  3. apakah "skin edema" pada bahagian belakang kepala & tengkuk pd bayi di dalam kandungan boleh menyebabkan palsi serebrum ?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...